‘Nurses At Home’ Kini Dalam BookDoc Featured on Bernama.com

with No Comments

BookDoc featured on Bernama.com

‘Nurses At Home’ Kini Dalam BookDoc

 
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Penjagaan kesihatan di rumah oleh pembekal perkhidmatan, Nurses At Home (NAH), kini boleh diikuti secara dalam talian melalui platform BookDoc.
 
Dalam kenyataan hari ini, pengasas dan ketua pegawai eksekutif BookDoc Datuk Chevy Beh berkata perkhidmatan baharu itu akan membolehkan pengguna menempah janji temu untuk mengunjungi klinik atau hospital secara dalam talian.
 
“Ia juga membolehkan pengguna membuat permohonan bagi mendapatkan perkhidmatan, terutama rawatan dan khidmat fisioterapi secara peribadi di rumah.
 
“Perkhidmatan penjagaan kesihatan merupakan jagaan lanjutan, dengan setiap pembekalnya memainkan peranan penting dan pelbagai bentuk pada setiap peringkat kitaran penjagaan.
 
“Kefahaman tentang perkara ini menjadi asas dalam terjalinnya gandingan baharu antara kami dengan NAH dan Persatuan Fisioterapi Malaysia tahun lepas,” katanya.
 
Melalui aplikasi mudah alih dan laman sesawang BookDoc, pengguna boleh mengakses pelbagai perkhidamatan penjagaan kesihatan, perawatan, fisioterapi dan pemberi penjagaan, di samping doktor, doktor gigi dan ubat-ubatan komplementari tradisional.
 
Menurut kenyataan itu, pengguna korporat juga akan dapat membeli pakej perkhdimatan penjagaan kesihatan seperti perawatan jangka pendek, khidmat iringan perubatan serta penjagaan ibu dan bayi yang baru dilahirkan.
 
— BERNAMA