BookDoc Sediakan Petua, Berita Terkini Kesihatan Mengikut Negara Featured on Bernama.com

with No Comments

BookDoc featured on Bernama.com

BookDoc Sediakan Petua, Berita Terkini Kesihatan Mengikut Negara

 
Last update: 18/07/2017
 
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Pengguna aplikasi BookDoc kini akan dibekalkan petua dan berita terkini tentang kesihatan mengikut negara secara khusus daripada MIMS (Monthly Index of Medical Specialties), penerbit penjagaan kesihatan terkemuka di Asia, Australia dan New Zealand, kata BookDoc.
 
Berikutan perjanjian kerjasama yang ditandatangani antara kedua-dua pihak, ‘Health Info’ yang diterbitkan MIMS akan dimuatkan ke dalam aplikasi BookDoc.
 
‘Health Info’ adalah hasil daripada penambahbaikan yang dilakukan terhadap ekosistem penjagaan kesihatan mudah alih dan laman sesawang dalam talian BookDoc yang mengandungi petua serta berita tepat masa mengenai kesihatan daripada pelbagai negara.
 
“Ciri ini akan membolehkan pengguna menerima peringatan kesihatan berkaitan negara tertentu secara khusus, petua dan kemajuan dalam bidang kesihatan daripada sumber boleh dipercayai dan berwibawa, yang dikumpul dan disusun MIMS,” katanya.
 
Pengguna boleh mendapatkan manfaat daripada amaran segera mengenai kecemasan kesihatan seperti demam, virus Zika atau selesema burung yang unik bagi sesebuah negara atau kawasan wabak dan diberi nasihat tentang perubahan gaya hidup jangka panjang berikutan perkembangan terkini penyakit tidak berjangkit seperti kanser, obesiti dan sebagainya.
 
“Health Info bukan kamus perubatan atau penyakit. Ia adalah suatu ciri proaktif BookDoc bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang amaran dan perkembangan kesihatan terkini yang memerlukan perhatian sewajarnya daripada kita.”
 
“Contohnya, krim muka yang diharamkan di Malaysia atau maklumat terkini tentang virus Zika di Singapura. Tindakan dan pencegahan yang dilakukan tepat pada masanya akan menghindarkan kita daripada banyak masalah apabila berada di dalam atau di luar negara,? kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif BookDoc Datuk Chevy Beh.”
 
BookDoc berkata perkembangan itu wujud sejurus selepas terjalin hubungan antara pihaknya dengan TripAdvisor di mana pengguna boleh mengakses 10 restoran dan tempat tarikan teratas di sekitar lokasi janji temu kesihatan mereka dan BookDoc Activ, yang memberi ganjaran kepada pengguna kerana mengekalkan aktiviti di paras tinggi.
 
Kesemua ciri disebutkan itu terdapat melalui aplikasi BookDoc app, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store (bagi iOS) dan Google Play Store (bagi Android).

 
— BERNAMA